Thursday, February 18, 2010

Komputer/Laptop Slow

Anda merasakan komputer anda semakin lembap atau Anda tidak boleh membuka beberapa laman web? Awas! Komputer anda kemungkinan dimasuki oleh adware atau spyware. Anda mungkin memerlukan Ad-Aware.


Ad-aware adalah antara perisian pertama yang dibangunkan untuk menjejak dan membuang adware dan spyware.


Apakah adware? Dan apakah pula spyware? Adware (tak pasti istilah melayu...) merupakan singkatan untuk Advertising Supported Software (perisian yang disokong oleh iklan). Apakah perisian tersebut? Kebiasaannya perisian yang mempunyai adware adalah perisian yang ditawarkan secara percuma untuk dimuat turun oleh pengguna.

Contoh-contoh perisian tersebut adalah seperti Kazaa dan iMesh (perisian untuk perkongsian fail muzik dan video). Sebaik sahaja anda memuat turun dan memasangnya di komputer anda, perisian tersebut akan dihubungkan ke pangkalan data iklan mereka di mana pelbagai iklan akan dipaparkan di perisian tersebut. Iklan tersebut datang dalam pelbagai bentuk seperti mesej pop-up, banner dan sebagainya. Ini sebenarnya agak merimaskan kerana anda terpaksa menutup iklan tersebut jika anda tidak berminat.

Selain merimaskan, adware sebenarnya banyak menggunakan sumber akses internet anda. Ini kerana semasa melayari internet, perisian adware ini aktif menghantar dan menerima data dari pelayan iklan mereka. Untuk itu, ianya secara tidak langsung menyebabkan akses internet anda semakin lembap.

Apa pula Spyware? Hampir serupa dengan Adware, Spyware pula tidak memaparkan iklan-iklan. Ianya adalah satu teknologi perisian yang berkeupayaan untuk mengumpulkan maklumat mengenai cara anda melayari internet (istilah tracking). Kebiasaannya, kita tidak sedar akan maklumat yang dikumpulkan ini kerana spyware tidak menunjukkan dirinya sewaktu ianya aktif.

Spyware akan menjejak pelayaran internet anda dan dengan aktif akan menghantar data-data yang djejak ke pelayan komputer syarikat yang terbabit. Penghantaran data penjejakan ini adalah secara berterusan yang juga menggunakan akses internet anda. Apa data yang dikumpulkan? Antara data-data yang dikumpulkan oleh Spyware adalah seperti laman web yang anda lawati. Data ini sebenarnya akan digunakan untuk menentukan iklan-iklan yang akan ditawarkan kepada anda berdasarkan minat anda. Jika anda sering melawati laman web kereta contohnya, maka anda kemungkinan akan menerima iklan-iklan yang berkenaan dengan kereta.

Lawatan ke laman web tertentu juga membolehkan komputer anda dimasuki adware dan spyware. Untuk itu, sentiasa berhati-hati apabila menerima mesej yang meminta anda memasang 'plug-in' dan sebagainya kerana ada kemungkinan untuk spyware dan adware memasuki komputer anda.

Ramai pengguna juga sering mengadu bahawa terdapat laman-laman tertentu tidak dapat dimasuki, dan seringkali dibawa ke laman web yang tidak sepatutnya. Semua ini adalah disebabkan oleh Spyware dan Adware.

Penyelesaiannya? Anda memerlukan perisian yang boleh mengesan dan menghapuskan adware dan spyware tersebut. Perisian Ad-ware SE Personal Edition adalah antara yang disyorkan. Selain percuma, perisian ini dikatakan mampu mengesan dan menghapuskan adware dan spyware dengan berkesan. Laman web Download.com memberikan penarafan 5 bintang untuk Ad-aware.

Seperti perisian anti virus, Ad-aware juga perlu sentiasa dikemaskini supaya sentiasa dapat mengesan adware dan spyware yang terbaru. Fail kemaskini juga boleh didapati dengan percuma dan mudah menggunakan fungsi "Update" di dalam Ad-aware.

No comments:

Post a Comment

 

Blogroll

Site Info

Text

CubaClick!!! Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template