Wednesday, February 17, 2010

Salam Pembuka Bicara




Salam semua...
Buat julung kali nya saya bersama sahabat saya telah melancarkan blog kami sempena bisnes kecil-kecilan kami di UUM ini.Sebagai mana yang anda tahu trademark kami ialah A2 Specialist in Format Laptop.A2 diambil sebagai trademark kerana gabungan huruf awal kami ialah 'A' dan 2 bermaksud kami berdua iaitu Amal dan Adi.

Apa2 pun kami memohon agar perniagaan kami ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t moga2 dimurahkan rezeki.

Kami dilahirkan pada tahun yang sama iaitu pada 1986 tetapi berlainan tempat dan waktu.Sehingga la takdir menemukan kami berdua di Universiti Utara Malaysia(UUM)dalam kos yang berlainan tetapi minat yang sama iaitu membaik-pulih komputer/laptop.Rasanya baru setahun terlibat dalam arena ini dan sudah banyak komputer/ laptop yang telah menerima sentuhan kami,mungkin telah mencapai puluhan@ratusan yang berlainan jenama & model keluarannya.Pelbagai masalah dan ragam pelanggan yang kami hadapi,tetapi kami tabah mengharunginya.Malah kami gembira apabila dapat membantu pelanggan kami dengan sebaik mungkin.

Selain mempunyai sedikit pengalaman dalam pembaikpulih dan "Troubleshooting" perkakasan dan perisian komputer,kami juga mempunyai kemahiran dalam PHP Programming, web design dan multimedia.

Perjalanan kami masih jauh kerana masih banyak yang perlu kami selidiki dan kaji dalam memantapkan lagi ilmu berkaitan dengan dunia teknologi yang serba canggih ini dan untuk meneruskan perniagaan kami.Moga usaha kami mendapat keberkatan-NYA dan sokongan moral dari keluarga tercinta,tidak lupa juga kekasih Hati,member-member yang sempoi dan juga anda semua iaitu pelanggan-pelanggan kami.

cukup untuk seketika...sekian,Terima Kasih

A2
Specialist In Format Laptop

No comments:

Post a Comment

 

Blogroll

Site Info

Text

CubaClick!!! Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template